Menu Close

Peraturan Sepaktakraw

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan telah diterima oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM‘.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Kejohanan ini akan dijalankan secara BERPASUKAN.

Bil Status Pemain/Pegawai Jumlah
Senior Veteran
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Penolong Jurulatih 1 1
4 Pemain 8 4 12
Jumlah     15

2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum.

2.2 Jurulatih boleh terdiri daripada salah seorang pemain berdaftar.

3. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

3.1 Peringkat Veteran Berumur 40 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun semasa pertandingan ( lahir sebelum atau pada 1978).

3.2 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk bermain di dalam satu peringkat umur sahaja iaitu senior atau veteran.

3.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

4. PENDAFTARAN

4.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

4.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

4.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

5. PAKAIAN

5.1 Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang seragam dan bernombor di bahagian depan dan belakang mengikut nombor yang telah didaftarkan di dalam borang pendaftaran pasukan.

5.2 Pemain dibenarkan memakai seluar trek panjang (track bottom).

5.3 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan (arm-band) dan sekiranya diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugasnya.

6. FORMAT PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA

6.1 Semua pasukan yang berdaftar wajib melengkapkan kesemua perlawanan pada pusingan awal dan tidak dibenarkan menarik diri. Kegagalan untuk melengkapkan jadual perlawanan pusingan awal akan menyebabkan pasukan/ regu dan PSKPP Negeri berkenaan dikenakan tindakan tata tertib.

6.2 Sistem kiraan 21 mata dengan 3 servis secara berturut-turut akan digunapakai.

6.3 Peringkat awal akan dijalankan secara LIGA Satu Pusingan dalam 4 Kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pasukan Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.

6.4 Perlawanan pada peringkat kalah-keluar (suku akhir, separuh akhir, ketiga dan keempat dan akhir), akan dijalankan secara kalah keluar/mati. Regu ketiga tidak perlu meneruskan perlawanan sekiranya sesebuah pasukan itu telah mendahului keputusan 2-0 (2 regu telah memenangi 2 perlawanan awal).

7. TURUTAN REGU

7.1 Turutan dan susunan regu bagi semua perlawanan pula adalah seperti berikut:
i. Regu pertama – Senior
ii. Regu kedua – Veteran
iii. Regu Ketiga – Senior

7.2 Senarai pasukan / regu yang akan bertanding dikehendaki menyerahkan senarai nama pemain dan susunan regu masing-masing 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

8. KELEWATAN

8.1 Setiap pasukan / regu yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

8.2 Masa 10 minit pertama (panggilan pertama) akan diberikan kepada pasukan / regu yang lewat.

8.3 Sekiranya pasukan / regu berkenaan masih belum tiba atau bersedia selepas tempoh masa 5 minit kedua (panggilan kedua), maka pasukan itu akan dikira sebagai ‘menarik diri’ dan pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 21-0, 21-0 berserta dengan 2 mata.

9. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk Peraturan 9 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

10. KIRAAN MATA DAN MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

10.1 Pemberian mata akan diberikan berdasarkan kepada pencapaian berikut:
10.1.1 Pasukan yang memenangi perlawanan akan mendapat dua (2) mata.
10.1.3 Pasukan yang kalah tidak akan mendapat apa-apa mata.

10.2 Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 buah pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka kemenangan dan kedudukan akan ditentukan mengikut kaedah seperti berikut:
10.2.1 Kiraan perbezaan antara regu daripada jumlah regu menang yang diperoleh pasukan berkenaan.
10.2.2 Kiraan perbezaan pusingan daripada jumlah pusingan yang diperoleh pasukan berkenaan.
10.2.3 Kiraan perbezaan angka-angka mata daripada jumlah mata yang diperoleh oleh pasukan berkenaan.

11. BOLA PERTANDINGAN

Gajah Emas 511.

12. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

Pelantikan dan bidang tugas pegawai pertandingan adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengelola.

13. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

14. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan permainan yang sedang berkuat kuasa DAN berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

MUAT TURUN PERATURAN SEPAKTAKRAW

Print Friendly, PDF & Email