Menu Close

Peraturan Am

1. NAMA PERTANDINGAN

Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Kali ke-46 Tahun 2018.

2. PENGANJUR

Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM).

3. PENGELOLA

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak (PSKPPS).

4. PERATURAN UMUM

Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu jenis permainan yang dipertandingkan dan Peraturan Am Pesta MSKPPM yang sedang berkuat kuasa sekarang akan digunakan.

5. PERATURAN TAMBAHAN

Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola berhak meminda / mewujudkan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran Pesta MSKPPM.

6. JENIS-JENIS PERMAINAN

6.1. Permainan Teras

Bil Permainan Jantina Kategori
1 Bola Jaring Wanita Berpasukan (Senior & Veteran)
2 Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan
3 Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan
4 Bola Tampar Wanita Berpasukan
5 Boling Tenpin Lelaki + Wanita + VIP Berpasukan
6 Golf Lelaki + VIP Berpasukan
7 Kebudayaan Lelaki + Wanita Berpasukan
8 Sepak Takraw Lelaki Berpasukan (Senior & Veteran)

6.2 Permainan Elektif / Pilihan

Bil Permainan Jantina Kategori
1 Bola Tampar Lelaki Berpasukan
2 Catur Lelaki + Wanita Berpasukan

6.2.1. Pihak pengelola diberi kebenaran untuk mencadangkan tambahan 2 jenis permainan elektif / pilihan bagi Pesta MSKPPM.
6.2.2. Permainan tersebut hanya akan dipertandingkan sekiranya terdapat minimum 4 buah negeri yang mengambil bahagian.

7. JUMLAH PESERTA

Bil Permainan Pengurus Jurulatih Peserta Jumlah Pengadil
Lelaki Wanita VIP
1 Bola Jaring 1 2 12 15 1
2 Bola Sepak Senior 1 2 18 22 1
3 Bola Sepak Veteran 1 2 18 22 1
4 Bola Tampar Wanita 1 2 12 15 1
5 Boling Tenpin 1 2 8 7 18
6 Golf 1 2 8 11
7 Kebudayaan * 1 1 5-12 14
8 Sepaktakraw 1 2 12 15 1
9 Bola Tampar 1 2 12 15 1
10 Catur 1 2 4 2 9 1
Jumlah 10 21 90 46 5 156 7
* Tidak terikat dengan jantina peserta.

8. KELAYAKAN

8.1. Peserta-peserta yang layak untuk menyertai Pesta MSKPPM mestilah terdiri daripada:
8.1.1. Warganegara Malaysia.
8.1.2. Sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada bekerja secara tetap atau kontrak (dari segi jawatan).
8.1.3. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sedang berkhidmat secara berterusan selama
3 bulan dan ke atas.
8.1.4. Pegawai Khidmat Singkat yang sedang berkhidmat selama tiga 3 bulan secara berterusan.
8.1.5. Guru yang sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa dan gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau jabatan asalnya.
8.1.6. Institusi Pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung dengan PSKPP Negeri serta / dan membayar yuran dengan PSKPP Negeri.

8.3. Peserta-peserta yang tidak layak untuk menyertai Pesta MSKPPM pula ialah:
8.3.1. Pekerja Kontrak Swasta.
8.3.2. Guru ganti dan KGSK.
8.3.3. Guru yang sedang menjalani praktikum di institusi pendidikan.
8.3.4.Semua pegawai / staf yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

8.4. Penyertaan bagi peserta lelaki dalam kategori veteran mestilah berumur 40 tahun dan ke atas manakala bagi peserta wanita mestilah berumur 35 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun semasa pertandingan.

8.5. Peserta tidak dibenarkan untuk mewakili pasukan PSKPP Negeri lain selain daripada negeri di mana tempat beliau sedang bertugas.

8.6. Seorang peserta hanya dibenarkan untuk bertanding / didaftarkan di bawah satu permainan / peringkat umur sahaja iaitu sama ada senior atau veteran dalam satu permainan sahaja.

8.7. Pemain peringkat veteran boleh didaftarkan dalam peringkat senior dalam mana-mana permainan dan tertakluk dalam satu kategori sahaja. Pemain senior tidak boleh didaftarkan dalam kategori veteran.

8.8. Setiap peserta hendaklah mengemukakan:
i. Kad pengenalan asal
ii. Slip gaji asal; atau
iii. Surat tawaran kerja secara kontrak asal
Semua pengesahan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan. Salinan kad pengenalan, slip gaji dan dokumen berkaitan hendaklah disediakan oleh semua pengurus pasukan semasa pengesahan untuk simpanan pihak Jawatankuasa Pengelola.

8.9. Pengarah Pendidikan Negeri / Yang Dipertua PSKPP Negeri dan pihak pengurusan pasukan adalah bertanggungjawab penuh kepada setiap nama pemain yang telah didaftarkan. Sebarang bentuk penyelewengan adalah di bawah tanggungjawab mereka dan jika berlaku sebarang penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk tindakan selanjutnya.

9. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan berpasukan akan dilaksanakan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan secara kalah-keluar seperti berikut:
9.1. 12 buah pasukan atau lebih bertanding Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau cara kalah-keluar seperti berikut:
9.1.1. Perlawanan Peringkat Awal (Secara liga satu pusingan dalam kumpulan) • Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk johan tahun lalu)
• Kumpulan B – 3 pasukan (termasuk naib johan tahun lalu)
• Kumpulan C – 3 pasukan (termasuk tempat ketiga tahun lalu)
• Kumpulan D – 3 pasukan (termasuk tempat keempat tahun lalu)
9.1.2. Perlawanan Peringkat Kedua (Suku Akhir, Separuh Akhir – Kalah-keluar)
9.1.2.1. Pusingan Kedua akan dijalankan seperti berikut:
i. Johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah-keluar.
9.1.2.2. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:
i. Undian bagi 4 buah pasukan johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7.
ii. Undian bagi dua 2 buah pasukan naib johan kumpulan ditempatkan di kedudukan 2, 4, 6 dan 8.
iii. Pasukan yang memenangi perlawanan separuh akhir akan layak ke perlawanan akhir bagi menentukan johan dan naib johan.
iv. Sementara pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
9.1.3. Perlawanan Akhir (Kalah-keluar)
9.1.3.1. Johan Kumpulan ‘X’ melawan Johan Kumpulan ‘Y’ bagi menentukan johan dan naib johan.
9.1.3.2. Naib Johan Kumpulan ‘X’ melawan Naib Johan Kumpulan ‘Y’ bagi menentukan tempat ketiga dan tempat keempat.

9.2. Jika 9 hingga 11 buah pasukan bertanding
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau cara kalah-keluar seperti berikut:
9.2.1. Perlawanan Peringkat Awal (secara liga satu pusingan dalam kumpulan)
• Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk johan tahun lalu)
• Kumpulan B – 4 pasukan (termasuk naib johan tahun lalu)
• Kumpulan C – 4 pasukan (termasuk tempat ketiga tahun lalu)
9.2.2. Perlawanan Peringkat Kedua (Suku Akhir, Separuh Akhir – Kalah-keluar)
9.2.2.1. Johan daripada kumpulan pusingan awal akan diundi untuk diletakkan di dalam
Kumpulan ‘X’ dan Kumpulan ‘Y’. Mana-mana 2 daripada 3 buah pasukan johan tadi akan berada dalam kumpulan sama ada Kumpulan ‘X’ atau ‘Y’ melalui undian tersebut. Undian akan dibuat selepas sahaja pertandingan pusingan awal tamat.
9.2.2.2. Pasukan naib johan daripada kumpulan yang berlainan di pusingan awal akan diletakkan ke dalam Kumpulan ‘X’ dan ‘Y’.
9.2.2.3. Pasukan-pasukan dalam Kumpulan ‘X’ dan ‘Y’ akan bermain secara liga dalam kumpulan.
9.2.3. Pusingan Akhir
9.2.3.1. Johan Kumpulan ‘X’ melawan johan Kumpulan ‘Y’ untuk menentukan johan dan naib johan.
9.2.3.2. Naib johan Kumpulan ‘X’ melawan naib johan Kumpulan ‘Y’ untuk tempat ketiga dan keempat.

9.3. Jika 6 hingga 8 buah pasukan bertanding
9.3.1. Pusingan Awal
9.3.1.1. Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan ‘A’ dan Kumpulan ‘B’.
9.3.1.2. Kumpulan ‘A’
• Jika 6 penyertaan: 3 buah pasukan
• Jika 7 penyertaan: 3 buah pasukan
• Jika 8 penyertaan: 4 buah pasukan
(termasuk johan dan tempat keempat tahun lalu)

9.4. Jika 5 atau kurang daripada 5 pasukan bertanding
Pertandingan secara liga satu pusingan dalam peringkat kumpulan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai johan dan kedudukan yang berikutnya – naib johan, ketiga dan keempat.

9.5. Pertandingan terbuka
Proses undian dan seeding (sekiranya ada) akan dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa Pertandingan.

10. PENDAFTARAN

10.1. Borang Pendaftaran
10.1.1. Tiap-tiap PSKPP Negeri dikehendaki mengesahkan penyertaan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 20 hari sebelum tarikh pertandingan. Pengesahan penyertaan melalui telefon TIDAK DIBENARKAN.
10.1.2. Setiap pasukan PSKPP Negeri dikehendaki mendaftar nama pegawai dan pemain menggunakan borang-borang yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola yang mengandungi butiran berikut:
i. Nama Penuh (mengikut kad pengenalan dan nyatakan gelaran Encik / Cik / Puan / Haji / Hajah)
ii. Nombor kad pengenalan baharu
iii. Nombor gaji
iv. Pekerjaan / Jawatan (nyatakan dengan jelas)
v. Alamat pejabat / sekolah bertugas
vi. Nombor telefon peribadi
10.1.3. Borang pendaftaran tersebut hendaklah diisi dengan lengkap. Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang didapati tidak lengkap.
10.1.4 . Borang pendaftaran hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha Agung PSKPP Negeri berserta dengan cop rasmi.
10.1.5. Yuran pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia:
Seratus sahaja) melainkan ada ketetapan lain dan dipersetujui oleh ahli gabungan.

10.2. Pakaian Pemain
10.2.1. Setiap pasukan bertanding dikehendaki memakai pakaian seragam yang sesuai dengan jenis permainan yang telah ditetapkan.
10.2.2. Nombor yang digunakan pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang telah didaftarkan di dalam borang pendaftaran.

11. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

11.1. Pemberian mata akan diberikan berdasarkan kepada pencapaian dalam sesuatu permainan mengikut skala pemarkahan berikut:
i. Johan – 5 mata
ii. Naib Johan – 3 mata
iii. Ketiga – 2 mata
iv. Keempat – 1 mata

11.2. Sekiranya jumlah mata adalah sama, maka penentuan akan dibuat berdasarkan kepada jumlah johan yang terbanyak diperoleh oleh pasukan tersebut.

11.3. Jika keputusan masih seri, penentuan hendaklah dirujuk kepada jumlah keputusan naib johan dan seterusnya.

12. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

12.1. Mana-mana pasukan TIDAK DIBENARKAN untuk menarik diri daripada pertandingan setelah pengesahan dibuat oleh PSKPP Negeri dan diterima menyertai pertandingan oleh pengelola. Sebarang penarikan diri oleh sesebuah pasukan atau peserta adalah dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan atau PSKPP Negeri berkenaan dikehendaki memberikan penjelasan secara bertulis kepada Yang Dipertua Jawatankuasa Kerja MSKPPM dalam tempoh 3 hari selepas menarik diri.

12.2. Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada sesuatu perlawanan, semua keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan berkenaan akan dibatalkan seterusnya tidak akan dibenarkan untuk menyertai kesemua baki perlawanan berikutnya.

13. PENGGANTUNGAN

13.1. Sesebuah pasukan / pemain yang telah diperintah keluar padang / gelanggang dalam masa permainan kerana tindakan tata tertib akan diminta menghadirkan diri di hadapan Lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang dalam tempoh 3 jam selepas berlakunya insiden. Pemain / Pasukan berkenaan tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga Lembaga Juri Rayuan membuat keputusan.

13.2. Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tata tertib akan dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga Tatatertib MSKPPM.

13.3. Seseorang pemain yang telah digantung oleh persatuan sukan di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai sebarang permainan dalam Pesta MSKPPM.

14. KEPENGADILAN

14.1. Hanya pegawai yang bertauliah dan berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sahaja boleh dilantik untuk bertugas sebagai pengadil dalam Pesta MSKPPM.

14.2. Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang bertugas dengan KPM.

14.3. Jawatankuasa Pengelola berhak melantik ketua pengadil dan pengadil-pengadil lain dalam pertandingan kelolaannya.

14.4. Semua PSKPP Negeri diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis permainan yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.

14.5. Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan akan menyebabkan PSKPP Negeri berkenaan dikenakan denda sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Seratus sahaja) seorang.

15. BANTAHAN

15.1. Bantahan bertulis / rasmi yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas sesuatu perlawanan berakhir melainkan telah dinyatakan di dalam undang-undang permainan tersebut.

15.2. Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak:
i. RM300 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus sahaja) bagi acara berpasukan
ii. RM200 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja) bagi acara individu
dan bayaran TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

15.3. Sekiranya terdapat bantahan yang masih belum dapat diputuskan keputusannya di dalam jangka masa yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan mengikut jadual dan pasukan terlibat akan bertanding dengan status di bawah bantahan (under protest).

15.4. Jika bantahan yang berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan sebelum pertandingan, bantahan tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja MSKPPM.

16. LEMBAGA JURI RAYUAN

Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan Lembaga Juri Rayuan yang dianggotai oleh:
16.1. Pengerusi (Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya)

16.2. Ahli Jawatankuasa 5 orang yang terdiri daripada:
16.2.1. Pengerusi Jawatankuasa permainan berkenaan
16.2.2. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola selaku Ex-Officio
16.2.3. 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat

17. LEMBAGA TATATERTIB

Sebuah Lembaga Tatatertib akan ditubuhkan oleh MSKPPM yang dianggotai oleh: Pengerusi: Yang Dipertua MSKPPM atau wakilnya
Naib Pengerusi: Timbalan Yang Dipertua atau wakilnya
Setiausaha: Setiausaha Agung MSKPPM
Ahli-ahli: Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik.

18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

Print Friendly, PDF & Email