Menu Close

Peraturan Kugiran

1. PENDAHULUAN

Pertandingan kugiran ini dikelolakan oleh Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sarawak

2. ALAT MUZIK

Penganjur hanya akan menyediakan alatan asas seperti drum, amplifier (gitar, bass, keyboard) sahaja. Adalah diingatkan bahawa alatan lain perlu dibawa sendiri oleh para peserta / kumpulan berkenaan.

3. PEMBENTUKAN PASUKAN

Bil Status Pemain/Pegawai Jumlah
Lelaki Wanita
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Pemain 5-12 12
Jumlah     14

3.1 Jumlah ahli bagi setiap kumpulan hendaklah sekurang-kurangnya 5 orang
dan tidak melebihi 12 orang.

3.2 Penyertaan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja ATAU campuran.

3.3 Ahli-ahli kumpulan mestilah bebas daripada pengaruh alkohol atau dadah atau bahan-bahan terlarang.

4. PENDAFTARAN PASUKAN

4.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

4.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

4.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

5. LAGU

5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu dan satu instrumental.
5.1.1 Lagu pertama:Nyanyian lagu Melayu tempatan ( Bertema Bebas sebuah sahaja, bukan medley).
5.1.2 Lagu kedua (Duet) : ( Tema: Bebas: Bahasa Bebas, Sebuah lagu).
5.1.3 Persembahan Instrumental: Sebuah lagu bergenre Jazz.

5.2 Jangka masa persembahan bagi setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 15 minit.

5.3 Jika lagu ciptaan / gubahan sendiri, skor lengkap perlu disertakan dan satu salinan diserahkankepada pihak pengelola.

5.4 Setiap lagu tidak dibenarkan menyentuh isu-isu agama, politik, dasar kerajaan, lucah dan sebagainya yang memperlekehkan individu / pihak
tertentu.

6. PAKAIAN

6.1 Pakaian penyanyi dan pemain muzik hendaklah kemas, bersesuaian dan sopan.

6.2 Tiada markah tambahan bagi kategori pakaian akan diberi.

7. PEMARKAHAN

7.1 Lagu pertama
7.1.1 Nyanyian (sebutan, pic) : 30 markah
7.1.2 Muzik iringan : 20 markah
7.1.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
7.1.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
7.1.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
7.1.6 Ketrampilan : 5 markah

7.2 Lagu kedua
7.2.1 Harmoni : 30 markah
7.2.2 Intepretasi (warna ton) : 20 markah
7.2.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
7.2.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
7.2.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
7.2.6 Ketrampilan : 5 markah

7.3 Instrumental
7.3.1 Muzik instrumental (melodi, gubahan) : 30 markah
7.3.2 Intepretasi (warna ton) : 20 markah
7.3.3 Imbangan bunyi (balance) dan dinamik : 15 markah
7.3.4 Tempo dan keseragaman : 10 markah
7.3.5 Kreativiti (improvisasi) : 20 markah
7.3.6 Ketrampilan : 5 markah

8. HADIAH

8.1 Kumpulan
8.1.1 Johan : Medal dan Piala
8.1.2 Naib Johan : Medal dan Piala
8.1.3 Ketiga : Medal dan Piala
8.1.4 Ke-4 : Medal

8.2 Anugerah khas (Tidak termasuk dalam pengiraan markah)
8.2.1 Vokalis terbaik
8.2.2 Guitarist terbaik
8.2.3 Keyboardis Terbaik
8.2.4 Drummer Terbaik

9. PENGHAKIMAN

9.1 Para Hakim akan dilantik oleh pihak Pengelola Pesta MSKPPM .

9.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

MUAT TURUN PERATURAN KEBUDAYAAN – KUGIRAN

Print Friendly, PDF & Email