Menu Close

Peraturan Golf

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Royal & Ancient Golf Club of St. Andrews (The R&A), Rules of Amateur Status 2012 – 2015 dan telah diterima oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

Bil Status Pemain/Pegawai Jumlah
Lelaki Senior
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Penolong Jurulatih 1 1
4 Pemain 4 Gross 8
4 Nett
Jumlah 11

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.2 Pengurus pasukan dikehendaki menyediakan bukti Handicap kad peserta Nett semasa pendaftaran atau sebelum pertandingan bermula.

3.3 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
3.3.1 Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
3.3.2 Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

3.4 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

4.1 Kategori Gross dan Nett
4.1.1 Terbuka kepada semua peringkat umur.
4.1.2 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

4.2 Kategori VIP
4.2.1 Pegawai yang sedang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / KPM dengan gred 48 dan ke atas SAHAJA.(salinan Surat Pelantikan / Keputusan Kenaikan Pangkat / dokumen berkaitan disertakan).
4.2.2 Setiausaha Agung PSKPP Negeri.

4.3 Kategori Jemputan
4.3.1 Terdiri daripada pengurus dan jurulatih pasukan PSKPP Negeri bertanding.
4.3.2 Ketua -ketua jabatan kerajaan / swasta serta individu-individu yang dijemput khas oleh pihak penganjur.

5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

5.1 Individu Gross

5.2 Individu Nett

5.3 Berpasukan Gross

5.4 Berpasukan Nett

6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Peserta kategori Gross terdiri daripada pemain yang tidak mempunyai kad Handicap MGA.

6.2 Peserta yang pernah mewakili negara tidak layak menyertai pertandingan ini.

6.3 Jawatankuasa Pengelola berhak menuntut bukti Handicap terakhir daripada mana-mana peserta atau ketua pasukan PSKPP Negeri sebelum keputusan diumumkan.

6.4 Jawatankuasa Pengelola berhak memotong Handicap pemain sekiranya didapati bermain dengan cemerlang berdasarkan Jadual Pemotongan Handicap oleh USGA Handicap System.

6.5 Susunan peserta dan giliran pertandingan akan ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

6.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

6.7 Bagi peserta kategori Nett:
6.7.1 Kad Handicap yang dikeluarkan oleh MGA sahaja akan digunakan sebagai syarat kelayakan.
6.7.2 Handicap terkini akan diambil kira bagi tempoh 3 bulan terakhir semasa pertandingan.
6.7.3 Handicap sebenar akan ditentukan melalui pengiraan USGA Handicap Index ke indeks tempat kejohanan.
6.7.4 Kelayakan Handicap maksimum ialah 24 (USGA).
6.7.5 Bagi Pesta MSKPPM, Handicap maksimum ialah 16, manakala pemain yang melebihi Handicap 16 akan dikira bermain pada Handicap 16.

7. ALATAN

Penggunaan peralatan tambahan seperti sistem kedudukan sejagat atau global positioning system (GPS) adalah DILARANG. Peserta akan dibatalkan penyertaan (DQ) jika didapati terbukti meggunakannya.

8. SKOR

8.1 Gross
8.1.1 Skor bagi 3 pemain terbaik setiap hari pertandingan akan diambil kira.
8.1.2 Jumlah keseluruhan skor terbaik bagi 2 hari pertandingan akan dikira untuk setiap pasukan.

8.2 Nett
8.2.1 Skor 3 pemain terbaik setiap hari pertandingan akan dikira.
8.2.2 Jumlah skor untuk hari terbaik pertandingan akan diambil kira untuk setiap pasukan.
8.2.3 Kedudukan pencapaian setiap pasukan akan ditentukan melalui skor terbaik keseluruhan.
8.2.4 Pasukan yang mempunyai kurang daripada 3 pemain atau berlaku DQ atau pembatalan pemain (bagi pasukan yang mempunyai 3 pemain), keputusan bagi acara berpasukan secara automatik akan terbatal.
8.2.5 Jika berlaku seri, penentuan akan dibuat mengikut:
8.2.5.1 Pengiraan ke belakang atau ‘on count back’ (OCB) kiraan hari kedua pertandingan.
8.2.5.2 Dikira dengan jumlah ketiga-tiga pemain
8.2.5.3 Jika masih sama, jumlah ketiga-tiga 9 lubang terakhir atau 2nd nine dan kemudian jumlah ketiga-tiga 9 lubang pertama atau 1st nine.
8.2.5.4 Jika masih juga sama, keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang akan turut dianggotai oleh:
i. Pengurus Kejohanan
ii. Ketua Referi
iii. 3 wakil negeri yang tidak terlibat – pengurus pasukan atau wakilnya
8.2.6 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
8.2.7 2 pemain tambahan Nett akan bermain dalam kategori individu sahaja.

8.3 Individu
8.3.1 Acara individu Gross atau Nett dikira berdasarkan keputusan jumlah skor 2 hari terbaik.
8.3.2 Jika berlaku seri, penentuan akan dibuat mengikut:
8.3.2.1 OCB kiraan hari kedua pertandingan iaitu:
i. 18 lubang terakhir
ii. diikuti 18 lubang pertama
iii. diikuti jumlah 9 lubang terakhir
iv. diikuti 9 lubang pertama hari kedua
v. diikuti 9 lubang kedua hari pertama; dan
vi 9 lubang pertama hari pertama
8.3.2.2 Jika masih juga sama, keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang akan turut dianggotai oleh:
i. Pengurus Kejohanan
ii Ketua Referi
iii 3 wakil negeri yang tidak terlibat – pengurus pasukan atau wakilnya
8.3.3 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

9. SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Gross dan Nett
Pertandingan akan dijalakan secara ‘Stroke Play’ – 2 x 18 lubang (2 hari berturut-turut).

9.2 Kategori VIP dan Jemputan
Dijalankan secara ‘Stabbleford System 36’.

10. KELEWATAN

10.1 Peserta mesti melaporkan diri kepada pegawai pelepas (starter) 10 minit sebelum ‘tee off’.

10.2 Peserta yang tiba lewat akan dikenakan penalti 2 pukulan (stroke) pada lubang permulaan.

11. KIRAAN MATA DAN MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

11.1 Pemberian mata diberi mengikut pencapaian dalam sesuatu kategori permainan oleh pasukan adalah seperti berikut:

Kedudukan Mata
Johan 5
Naib Johan 3
Ketiga 2
Keempat 1

11.2 Penentuan johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat untuk keseluruhan akan ditentukan melalui jumlah kedudukan mata yang diperoleh setiap pasukan bagi kategori berpasukan Gross dan berpasukan Nett. Kategori individu tidak diambil kira.

11.3 Jika berlaku seri pada kutipan mata, penentuan akan dibuat dengan merujuk kepada pencapaian dan kedudukan pasukan Gross terbaik. Keputusan adalah muktamad.

11.4 Jumlah mata akan diberi mengikut pencapaian setiap kategori berpasukan.

12 . HADIAH

12.1 Hadiah-hadiah yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
seperti berikut:

Bil Kategori Jumlah
1 Berpasukan Lelaki Gross 4
2 Berpasukan Lelaki Nett 4
3 Individu Lelaki Gross 15
4 Individu Lelaki Net 15
5 VIP 10
6 Jemputan 10
7 Wanita (jika ada) 3

12.2 Novelty

Bil Kategori Jumlah
1 ‘Nearest to Pin’ (NTP) setiap hari 4
2 ‘Nearest to Line (NTL) setiap hari 2
3 ‘The Longest Drive’ (LD) setiap hari 2
4 ‘Hole-in-One’ 1

13. BAYARAN PENYERTAAN

13.1 Setiap pemain dikenakan bayaran sebanyak RM350 (Ringgi Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh sahaja).

13.2 Manakala setiap pemain kategori VIP, Jemputan dan Wanita dikenakan bayaran sebanyak RM250 (Ringgi Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh sahaja).

14. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM.

15. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

MUAT TURUN PERATURAN GOLF

Print Friendly, PDF & Email