Menu Close

Peraturan Catur

1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan Am MSPPPM yang sedang berkuatkusa, Peraturan Pertandingan Catur MSKPPM yang sedang berkuatkusa dan menggunapakai Undang-undang Permainan Catur Persekutuan Catur Antarabangsa (F.I.D.E) yang terkini.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Setiap PSKPP Negeri dibenarkan menghantar satu (1) pasukan yang terdiri daripada:

Bil Status Pemain/Pegawai Jumlah
Lelaki Wanita
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Pemain 4 2 6
Jumlah 8

2.2 Pemain boleh merangkap sebagai Pengurus Pasukan atau Jurulatih. Bagaimanapun Pengurus atau Jurulatih yang tidak didaftar sebagai pemain adalah tidak dibenarkan bermain.

3. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

3.1 Terbuka – lelaki dan wanita di semua peringkat umur.

3.2 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

4. PENDAFTARAN PASUKAN

4.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

4.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

4.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

4.4 Setiap pasukan berhak menentukan kedudukan ranking pemain di dalam pasukan tanpa terikat dengan mana-mana rating yang ada.

4.5 Pemain yang tidak bermain mengikut aturan (ranking) pendaftaran akan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pihak lawannya.

5. FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Formasi Pemain
5.1.1 Formasi : 3 Lelaki + 1 Wanita
5.1.2 Pemain lelaki akan bermain di papan 1 hingga papan 3
5.1.3 Pemain wanita bermain di papan 4.
5.1.4 Pemain simpanan lelaki hanya dibenarkan menggantikan pemain lelaki sahaja dan hendaklah bermain di papan paling bawah (kaedah tolak naik)
5.1.5 Pemain simpanan wanita hanya boleh menggantikan pemain wanita di papan 4 sahaja.

5.2 Pertandingan akan dijalankan dalam 6 pusingan dengan menggunapakai Sistem Swiss.

5.3 Ranking pasukan adalah berdasarkan kepada undian.

5.4 Masa bermain ialah 1 jam + 10 saat bonus bagi setiap pemain.

5.5 Default time ialah 1 jam.

5.6 Mata Kemenangan Individu (Game Point)
Pemain yang menang akan diberi 1 mata, ½ mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain yang bye akan diberikan 1 mata. Jumlah mata ini akan dikira untuk menentukan keputusan perlawanan pasukan (Match Point) pada pusingan berkenaan.

5.7 Mata Kemenangan Pasukan (Match Point)
Pasukan yang mendapat jumlah mata kemenangan individu melebihi pihak lawan akan dikira menang dan diberikan 2 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama dengan pihak lawan akan dikira seri dan diberikan 1 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata individu yang kurang daripada pihak lawan akan dikira kalah dan diberi 0 mata. Pasukan yang mendapat bye dalam mana-mana pusingan akan diberikan 2 mata Kemenangan Pasukan (Match Point) dan 2 mata kemenangan individu (Game Point).

5.8 Pasukan yang mengumpul jumlah mata Mata Kemenangan Ahli Dalam Pasukan (Total of Match Point) terbanyak akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.

5.7 Pemutus seri berikut digunapakai dalam menentukan kemenangan
a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Team Encounter
c) Mata Sonneborn-Berger
d) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

5.8 Penentuan Pemenang Papan Terbaik (Best Board)
a) Personel Encounter
b) Number Of Win
c) Percentage

5.9 Sekiranya mana-mana kedudukan masih belum dapat ditentukan, Arbiter berhak menambah sistem pemutus yang diperlukan berdasarkan kepada sistem pemutus yang digunapakai oleh F.I.D.E sehinggalah keputusan muktamad diperolehi.

5.10 Semua pemain diwajib merekod pergerakan demi pergerakan sehingga tamat permainan. Pemenang hendaklah menghantar kedua-dua salinan Score Sheet.

5.11 Keputusan (Standings) yang dijana dan dikeluarkan oleh Sistem Swiss Manager adalah muktamad.

6. JADUAL PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari.

6.2 Pengelola berhak menentukan jadual pertandingan.

6.3 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

6.4 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain- pemain kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

7. PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya Arbiter menangguhkan atau membatalkan perlawanan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, maka Jawatankuasa Pertandingan berhak memutuskan status perlawanan tersebut.

8. PERALATAN PERTANDINGAN

Pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan pertandingan standard seperti berikut:-
8.1 Buah Catur dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara 8.5 cm–10.5 cm.

8.2 Papan Catur dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat samanya berukuran 5.0 cm – 6.5 cm.

8.3 Jam catur digital dengan fungsi tambahan masa.

8.4 Score sheet

9. KELAYAKAN PEMAIN

Rujuk Perkara 8 Peraturan Am MSKPPM.

10. PENDAFTARAN PENYERTAAN DAN PAKAIAN

Rujuk Perkara 10 Peraturan Am MSKPPM.

11. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

Rujuk perkara 12 Peraturan AM MSKPPM.

12. PENGGANTUNGAN

Rujuk Perkara 13 Peraturan Am MSKPPM.

13. PENGADILAN

Rujuk Perkara 14 Peraturan Am MSKPPM.

14 BANTAHAN

Rujuk Perkara 15 Peraturan Am MSKPPM.

15. JAWATAKUASA RAYUAN

Rujuk Perkara 16 Peraturan Am MSKPPM.

16. LEMBAGA TATATERTIB

Rujuk Perkara 17 Peraturan Am MSKPPM.

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Rujuk Perkara 18 Peraturan Am MSKPPM.

MUAT TURUN PERATURAN CATUR

Print Friendly, PDF & Email