Menu Close

Peraturan Tenpin Boling

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persatuan Boling Tenpin Dunia (WTBA) dan telah diterima oleh Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

Bil Status Lelaki Wanita Jumlah
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Penolong Jurulatih 1 1
4 Pemain 8 7 15
Jumlah     18

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

3.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

4. KELAYAKKAN DAN STATUS PEMAIN

4.1.1 Terbuka – lelaki dan wanita di semua peringkat umur.
4.1.2 VIP – 3 lelaki dan 2 wanita – Peserta hendaklah berkhidmat di JPN atau PPD.
4.1.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

5. KATEGORI YANG PERTANDINGKAN

5.1. Perseorangan (TERBUKA)
5.1.1. Perseorangan Lelaki
5.1.2. Perseorangan Wanita

5.2. Beregu (TERBUKA)
5.2.1. Beregu Lelaki
5.2.2. Beregu Wanita

5.3. Trio (TERBUKA)
5.3.1. Trio Lelaki
5.3.2. Trio Wanita

5.4. Berpasukan (Terbuka)
5.4.1. Berpasukan Lelaki
5.4.2. Berpasukan Wanita

5.5. Perseorangan VIP
5.5.1. Perseorangan lelaki
5.5.2. Perseorangan wanita

5.6. Beregu Campuran (VIP)

5.7. Trio Campuran (VIP)

5.8. Berpasukan VIP

6. FORMAT PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA

6.1 Acara Perseorangan Lelaki Wanita Terbuka dan VIP
6.1.1 Semua pemain yang berdaftar layak untuk menyertai acara ini.
6.1.2 Jumlah jatuhan pin pada acara beregu atau trio sahaja yang akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.

6.2 Acara Beregu Lelaki dan Wanita
6.2.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan
6.2.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 5 permainan / ‘games’.
6.2.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperoleh oleh setiap beregu akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.2.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan / ‘game’ terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.3 Acara Trio Lelaki dan Wanita
6.3.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan bagi setiap kategori Trio Lelaki / Wanita .
6.3.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 5 permainan / ‘games’.
6.3.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperolehi oleh setiap trio akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan / ‘game’ terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.4 Acara Berpasukan Lelaki dan Wanita
6.4.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain bagi setiap kategori Berpasukan Lelaki / Wanita.
6.4.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 5 permainan / ‘games’ setiap seorang.
6.4.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan / ‘game’ terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.5 Acara Beregu campuran VIP
6.5.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.
6.5.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 5 permainan / games.
6.5.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperoleh oleh setiap beregu akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.5.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan / ‘game’ terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.6 Acara Trio VIP
6.6.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan bagi setiap kategori Trio VIP yang terdiri daripada seorang wanita dan dua orang lelaki.
6.6.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 5 permainan / ‘games’.
6.6.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperolehi oleh setiap trio akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.6.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan / ‘game’ terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.7 Acara Berpasukan VIP
6.7.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 3 orang pemain lelaki dan 2 orang pemain wanita bagi setiap kategori Berpasukan VIP .
6.7.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 5 permainan / ‘game’.
6.7.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan / ‘game’ terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.8 Keseluruhan
Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam semua kategori yang dipertandingkan akan dikira sebagai pemenang.


7. PAKAIAN

7.1 Setiap pemain mestilah memakai seluar slek panjang (slacks), T-shirt berkolar dan berkasut.

7.2 Pemakaian seluar jean, ‘cargo pants’, slek poket bertampal dan ‘track bottom’ adalah DILARANG.

8. BAYARAN PENYERTAAN

Setiap pasukan PSKPP Negeri yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM600.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Ringgit Sahaja).

9. KIRAAN MATA DAN MENENTUKAN PEMENANG

9.1 Pemenang keseluruhan akan ditentukan mengikut jumlah pungutan mata bagi pemenang setiap acara yang dipertandingkan:

Bil Acara Kedudukan/Pungutan Mata
Emas Perak Gangsa Ke-4
1 PERSEORANGAN LELAKI (TERBUKA) 5 3 2 1
2 PERSEORANGAN WANITA (TERBUKA) 5 3 2 1
3 PERSEORANGAN LELAKI (VIP) 5 3 2 1
4 PERSEORANGAN WANITA (VIP) 5 3 2 1
5 BEREGU LELAKI 5 3 2 1
6 BEREGU WANITA 5 3 2 1
7 BEREGU VIP 5 3 2 1
8 TRIO LELAKI 5 3 2 1
9 TRIO WANITA 5 3 2 1
10 TRIO VIP 5 3 2 1
11 BERPASUKAN LELAKI 5 3 2 1
12 BERPASUKAN WANITA 5 3 2 1
13 BERPASUKAN VIP 5 3 2 1

9.2 Sekiranya berlaku keputusan seri dalam jumlah pengiraan mata, maka jumlah turutan pingat emas, perak dan gangsa akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

11. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

MUAT TURUN PERATURAN TENPIN BOLING

Print Friendly, PDF & Email