Menu Close

Peraturan Bola Tampar

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan telah diterima oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

Bil Status Pemain/Pegawai  Jumlah
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Penolong Jurulatih 1 1
4 Pemain 12 12
Jumlah 15

2.2 Pegawai boleh terdiri daripada salah seorang daripada 12 orang pemain berdaftar.

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
3.2.1 Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
3.2.2 Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

3.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM.

5. PAKAIAN

5.1 Semua pemain diwajibkan memakai jersi dan seluar yang seragam KECUALI libero.

5.2 Jersi pemain mestilah:
5.2.1 Bernombor dari 1 hingga 20 SAHAJA.
5.2.2 Nombor dilekatkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang jersi.
5.2.3 Nombor mestilah berukuran:
5.2.3.1 Ketinggian – minimum 15 cm pada bahagian hadapan jersi.
5.2.3.2 Ketinggian – minimum 20 cm pada bahagian belakang jersi.
5.23.4 Kelebaran jalur / garisan yang membentuk nombor – minimum 2 cm.
5.2.4 Warna dan kecerahan nombor mestilah kontras dengan warna serta kecerahan jersi.

5.3 Ketua pasukan mestilah melekatkan satu jalur berukuran 8 cm x 2 cm secara melintang di bawah nombor pada bahagian hadapan jersi.

5.4 Pemain tidak dibenarkan:
5.4.1 Memakai jersi yang mempunyai warna berlainan dengan pemain lain (KECUALI libero).
5.4.2 Memakai jersi yang tidak bernombor

5.5 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam dan memakai seluar panjang serta berkasut.

6. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk Peraturan 9 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

7. SISTEM MATA RALI DIMAINKAN

7.1 Memenangi Satu Set:
7.1.1 Setiap set (kecuali set penentuan – set ke 3) dimenangi oleh pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minimum 2 mata. Jika
berlaku seri 24-24, permainan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi. (26-24, 27-25, ….).
7.1.2 Jika set penentuan dimainkan, set penentuan akan dimenangi oleh pasukan yang mendapat 15 mata terdahulu dengan kelebihan minimum 2mata. Jika
berlaku seri pada 14-14, permainan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi (16-14, 17-15, ….).

7.2 Memenangi Perlawanan:
7.2.1 Perlawanan dimenangi oleh pasukan yang memenangi dua (2) set dengan keputusan 2-0 atau 2-1.
7.2.2 Dalam kes seri 1-1, set penentu (set ke 3) dimainkan.
7.2.3 Untuk set penentuan, pasukan akan bertukar gelanggang apabila manamana pasukan mencapai mata 8.

8. SISTEM RANKING PASUKAN & KIRAAN MATA

8.1 Pasukan yang memenangi kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan akan dikira sebagai Johan kumpulan.

8.2 Pada peringkat kumpulan/ pusingan awal, pemberian mata akan diberikan berdasarkan kepada pencapaian berikut:
8.2.1 Menang 2-0: 3 mata 8.1.2 Menang 2-1: 2 mata 8.1.3 Kalah 1-2: 1 mata 8.1.4 Kalah 0-2: 0 mata.
8.2.5 Pembatalan – 0 mata (25-0, 25-0).

8.3 Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 buah pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka kemenangan dan kedudukan akan ditentukan mengikut:
8.3.1 Jika keputusan kiraan mata pasukan-pasukan sama, maka nisbah set akan diguna pakai di mana pasukan yang mendapat nisbah set tertinggi akan
diisytiharkan sebagai pemenang. Pengiraan nisbah set adalah seperti berikut:
C (nisbah set) = A / B
A = Jumlah set menang (semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah (semua perlawanan
8.3.2 Jika masih sama, pasukan yang mendapat nisbah mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Pengiraan nisbah mata adalah seperti
berikut:
Z (nisbah mata) = X / Y
X = Jumlah mata menang (semua perlawanan)
Y = Jumlah mata kalah (semua perlawanan)

8.4 Jika pengiraan menggunakan kaedah nisbah set dan nisbah mata juga masih sama, maka pasukan yang telah memenangi perlawanan antara kedua-dua
pasukan terlibat dalam perlawanan yang telah berlangsung akan dikira sebagai pemenang.

9. SESI MEMANASKAN BADAN (OFFICIAL WARM-UP SESSION)

Setiap pasukan diberi masa 6 minit bagi sesi memanaskan badan dalam gelanggang pertandingan pada masa yang sama (serentak).

10. KELEWATAN

10.1 Setiap pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.2 Pasukan yang tiba lewat 15 minit (mengikut jadual pertandingan) tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai ‘menarik diri’ dan pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 25-0, 25-0.

11. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

11.1 Semua pasukan wajib melengkapkan kesemua jadual perlawanan pada pusingan awal dan tidak dibenarkan menarik diri. Kegagalan melengkapkan perlawanan dalam pusingan awal boleh menyebabkan pasukan dan PSKPP Negeri berkenaan dikenakan tindakan tatatertib.

11.2 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada sesuatu perlawanan, semua keputusan perlawanan terdahulu yang telah dilalui oleh pasukan berkenaan akan dibatalkan dan tidak akan dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.

12. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

12.1 Jika referi berpendapat bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan atas sebabsebab tertentu (contoh: blackout) referi pertama dan Jawatankuasa Pengelola akan membuat keputusan yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

12.2 Jika gangguan berlaku tidak melebihi 4 jam:
12.2.1 Sekiranya perlawanan dimulakan semula di gelanggang yang sama, set yang terganggu akan disambung secara normal dengan skor, pemain dan posisi kekal sebagaimana ketika perlawanan terhenti. Keputusan / skor set yang terdahulu juga dikekalkan.
12.2.2 Sekiranya perlawanan berlangsung di gelanggang yang berlainan, set yang terganggu dibatalkan dan dimainkan semula dengan pemain serta ‘starting line-up’ yang sama. Keputusan / skor set yang terdahulu juga dikekalkan.

12.3 Jika gangguan berlaku melebihi 4 jam, maka keseluruhan perlawanan akan dimainkan semula.

13. REFERI DAN PENGADIL GARISAN

13.1 Setiap pasukan PSKPP Negeri perlu menyediakan seorang (1) referi bertauliah.

13.2 Pelantikan dan bidang tugas referi dan pengadil garisan bagi sesuatu perlawanan adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengelola.

14. PENGGANTUNGAN

Sila rujuk Peraturan 13di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

15. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

16. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

17. LEMBAGA TATATERTIB

Sila rujuk Peraturan 17 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

MUAT TURUN PERATURAN BOLA TAMPAR

Print Friendly, PDF & Email