Menu Close

Peraturan Bola Sepak Veteran

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan undang-undang serta Peraturan Am MSKPP Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Veteran
2.1.1 Tiap-tiap pasukan akan mengandungi:

Bil Status Pemain/Pegawai  
Lelaki Veteran Jumlah
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Penolong Jurulatih 1 1
4 Fisioterapi 1 1
5 Pemain 18 18
Jumlah 22

2.1.2. Jurulatih boleh terdiri daripada salah seorang pemain.

3. PENDAFTARAN

3.1. Veteran
3.1.1. Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan 18 orang pemain sahaja.

3.2 Senarai pendaftaran hendaklah disokong dengan:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.

3.3 Jawatankuasa pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang tidak lengkap.

4. UMUR

4.1. Peringkat veteran
4.1.1. Umur 40 tahun atau lahir pada tahun 1978.

5. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

5.1 Warga negara Malaysia.

5.2 Seorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pendidikan Malaysia samada pekerja tetap atau kontrak (dari segi perjawatan).

5.3 Guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

5.4 Guru yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa dan gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah dan jabatan asalnya.

5.5 Pegawai institusi pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung serta membayar yuran dengan MSKPP negeri masing-masing.

6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan, dan Johan dan Naib Johan terbaik setiap kumpulan akan bermain secara kalah mati di peringkat separuh akhir dan akhir.

6.2 Semua Psukan yang berdaftar wajib melengkapkan semua perlawanan pada pusingan awal dan tidak dibenarkan menarik diri.Kegagalan melengkapkan perlawanan dalam pusingan awal boleh menyebabkan pasukan dan MSKPP negeri berkenaan dikenakan tindakan tata tertib.

7. MASA BERMAIN

7.1 Peringkat Veteran
7.1.1. 35 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit sahaja. (35+10+35).

7.2 Mana-mana 7 pemain gantian termasuk penjaga gol dibenarkan pada satusatu masa perlawanan.

8. KELEWATAN

8.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah berada dipadang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

8.2 Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10 minit pasukan berkenaan masih belum tiba atau belum bersedia, pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan 3 – 0.

8.3 Sekurang-kurangnya mesti ada 9 orang pemain bagi satu-satu pasukan berada di padang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada 9 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.

9. PAKAIAN

9.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang didaftarkan di dalam 7enalt pendaftaran.

9.2 Kasut bola mesti mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain diwajibkan menggunakan alas betis (shin guard).

9.3 Pemain dibenarkan memakai thigh / thermal.

9.4 Pemain veteran dibenarkan memakai seluar trek.(track bottom).

9.5 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan dan sekiranya diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugasnya.

10. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk undang-undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia (Peraturan 8).

11. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

11.1. Cara pemberian mata:
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

11.2. Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka pasukan yang menang akan ditentukan mengikut cara seperti berikut:
11.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang
11.2.2 Jika perbezaan gol masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira menang.
11.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
11.2.4 Jika masih seri juga, cabutan undi akan dijalankan.

11.3. Perlawanan secara kalah mati jika kedudukan seri selepas masa penuh permainan tamat:
11.3.1 Masa rehat 5 minit hendaklah diberi selepas tamat masa perlawanan sebenar dan sebelum masa tambahan dijalankan, semua pemain kedua-dua pasukan tidak dibenarkan keluar padang permainan kecuali dengan kebenaran pengadil.
11.3.2 Permainan Masa tambahan – Perlawanan disambung semula selama 10 minit, iaitu 5 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan tiada masa rehat diantara kedua-dua separuh masa itu.
11.3.3 Jika keputusan masih seri juga selepas permainan masa tambahan, maka sepakan 8enalty hendaklah dijalankan.

11.4. Sepakan Penalti
Sepakan Penalti akan dijalankan seperti berikut:
11.4.1 Pengadil akan menentukan gol mana yang hendak digunakan.
11.4.2 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 sepakan penalti secara berselang-seli.
11.4.3 Ketua pasukan akan mencabut undi untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan sepakan penalti.
11.4.4 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan dikira menang.
11.4.5 Hanya pemain-pemain yang berada di dalam padang pada masa tamatnya perlawanan yang dijalankan dalam masa tambahan itu sahaja yang dibenarkan membuat sepakan penalti.
11.4.6 Jika selepas 5 sepakan p enalti dibuat, kedudukan masih seri lagi maka sepakan p enalti hendaklah diteruskan oleh pemain berlainan secara berselang-seli sehingga tercapai keputusan. (secara “suddendeath’).
11.4.7 Tiap-tiap sepakan penalti hendaklah diambil oleh pemain yang berlainan, termasuk penjaga gol.
11.4.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di padang permainan.
11.4.9 Semua pemain melainkan kedua-dua penjaga gol dan pemain yang akan mengambil sepakan penalti mestilah berada di tengah bulatan sementara sepakan itu dijalankan. Penjaga gol dan rakan kepada pemain yang mengambil sepakan penalti hendaklah berada sekurangkurangnya 10 ela di luar kawasan penalty.
11.4.10 Jawatankuasa Pengelola akan menggunakan budibicara sebaik mungkin untuk memutuskan sesuatu perlawanan jika sekiranya masa tidak mengizinkan berbuat seperti perkara di atas setelah mendapat persetujuan bersama pengurus-pengurus pasukan terlibat.

12. BILANGAN PENGGANTI

7 orang pemain termasuk penjaga gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa dalam satu-satu perlawanan.

13. PENGGANTUNGAN PEMAIN

13.1 Mana-mana pemain/pegawai yang digantung tertakluk kepada rujukan undang-undang dan peraturan am pertandingan FIFA / MSKPPM. Negeri melalui surat siaran rasmi nanti.

13.2 Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa/Lembaga Juri Rayuan tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik.
13.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).
13.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan).
13.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib / tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (penggantungan 3 perlawanan).

13.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis keempat maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau hendaklah tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

13.4 Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa mengambilkira amaran bertulis yang diterima sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.

13.5 Jawatankuasa/Lembaga Juri Rayuan hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan seterusnya.

13.6 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan oleh Jawatankuasa / Lembaga Juri Rayuan tertakluk kepada laporan pengawai perlawanan.

13.7 Kesemua keputusan adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

14. BANTAHAN

Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia (Peraturan 14).

15. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia (Peraturan 15).

16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi semua perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak membuat sebarang keputusan dan semua keputusannya adalah muktamad.

MUAT TURUN PERATURAN BOLA SEPAK VETERAN

Print Friendly, PDF & Email