Menu Close

Peraturan Bola Jaring

1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan telah diterima oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

Bil Status Pemain/Pegawai  
Senior Veteran Jumlah
1 Pengurus 1 1
2 Jurulatih 1 1
3 Penolong Jurulatih 1 1
4 Pemain 6 6 12
Jumlah     15

2.2 Pegawai boleh terdiri daripada salah seorang daripada 12 orang pemain berdaftar.

2.3 Jumlah pemain yang akan beraksi dalam sesuatu perlawanan mestilah berdasarkan nisbah 4:3 iaitu 4 orang pemain senior dan 3 orang pemain veteran pada sepanjang masa pertandingan.

2.4 Semua pegawai dan pengurusan pasukan mestilah terdiri daripada wanita SAHAJA.

3. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

3.1 Peringkat Veteran
Berumur 35 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun semasa pertandingan.

3.2 Pemain yang telah mencapai status veteran TIDAK DIBENARKAN untuk didaftarkan atau bermain bagi peringkat umur senior.

3.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’, kecuali fasa 8.7.

4. PENDAFTARAN PASUKAN

4.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

4.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2018 yang telah disahkan.
4.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

5. FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Dijalankan secara liga satu pusingan untuk peringkat kumpulan / pusingan awal.

5.2 Johan dan naib johan (2 pasukan terbaik) setiap kumpulan (bagi sistem liga 4 kumpulan) akan bermain secara kalah-keluar di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

5.3 Semua pasukan yang wajib melengkapkan kesemua perlawanan pada pusingan awal dan tidak dibenarkan menarik diri. Kegagalan melengkapkan perlawanan dalam pusingan awal boleh menyebabkan pasukan dan PSKPP Negeri berkenaan dikenakan tindakan tata tertib.

5.4 Sila rujuk Peraturan 9 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

6. MASA PERMAINAN

6.1 10 minit bagi setiap suku masa permainan dan rehat 1 minit, suku masa pertama, 5 minit suku masa kedua, dan 1 minit suku masa ke tiga. (10:1:10:5:10:1:10).

7. KELEWATAN

7.1 Masa 15 minit pertama (panggilan pertama) akan diberikan kepada pasukan yang lewat.

7.2 Sekiranya pasukan berkenaan masih belum tiba atau bersedia selepas tempoh masa 15 minit kedua (panggilan kedua), maka pasukan itu akan dikira sebagai ‘menarik diri’ dan pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 5-0 berserta dengan 3 mata.

7.3 Sesebuah pasukan yang akan bertanding perlu bersedia dengan sekurang- kurangnya 5 orang pemain di gelanggang perlawanan sebelum lontaran mula dilakukan. Sekiranya jumlah sesebuah pasukan kurang daripada 5 orang, pemain pasukan tersebut dikira sebagai ‘menarik diri’ dan pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 5-0 berserta 3 mata.

8. PAKAIAN

8.1 Setiap pemain diwajibkan memakai pakaian yang seragam iaitu mempunyai corak dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang pesta berlangsung.

8.2 Semua pemain diwajibkan memakai T-shirt atau jersi dan berseluar trek panjang (track bottom).

8.3 Pemakaian skirt, seluar pendek, ‘tight’ atau ‘thermal tight’ adalah DILARANG.

8.4 Setiap pasukan perlu menyediakan‘bib’ dengan ketinggian ukuran huruf pada‘bib’ ialah 6 inci.

8.5 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai ‘bib’ yang sama warna, maka keputusan pertukaran ‘bib’ akan ditentukan melalui lambungan syiling.

8.6 Pemain veteran dikehendaki memakai tanda lilitan pada lengan.

9. KIRAAN MATA DAN MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

9.1 Pada peringkat kumpulan / pusingan awal, pemberian mata akan diberikan berdasarkan kepada pencapaian berikut:
i. Menang – 3 mata
ii. Seri – 1 mata
iii. Kalah – 0 mata

9.2 Bagi kedudukan dalam kumpulan yang menyebabkan 2 buah pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka kelebihan akan ditentukan mengikut kaedah berikut:
9.2.1 Pengiraan purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah jaringan gol dengan jumlah gol yang bolos.
9.2.2 Jika jumlah purata gol masih sama, maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol, iaitu jumlah jaringan gol ditolak jumlah gol yang bolos.
9.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka pengiraan akan dikira berdasarkan kepada pasukan yang berjaya menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

9.3 Pada peringkat kalah-keluar pula, sekiranya keputusan berakhir dengan seri selepas masa penuh permainan tamat, sistem berikut akan diambil kira:
9.3.1 Masa rehat 2 minit diberikan selepas tamat masa perlawanan sebenar.
9.3.2 Permainan masa tambahan: Perlawanan disambung semula selama 14 minit, iaitu 7 minit bagi setiap separuh masa dengan tiada masa rehat di antara kedua-dua separuh masa (7 – 0 – 7).
9.3.3 Pasukan akan bertukar kawasan gol selepas rehat 2 minit dan perlawanan dimainkan semula oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya.
9.3.4 Jika keputusan permainan selepas masa tambahan juga berakhir dengan seri, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat kelebihan 2 gol.

10. ALATAN DAN BOLA PERTANDINGAN

10.1 Spesifikasi peralatan dan bola:
i. Tinggi Tiang – 10 kaki ii.
Saiz Bola – 5 iii.
Lilitan Bola – 26” – 28” iv.
Berat Bola – 10 – 16oz

10.2 Jenama dan jenis bola yang akan digunakan akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

11. PENGADIL

11.1 Setiap PSKPP Negeri perlu menyediakan seorang (1) pengadil bertauliah.

11.2 Pelantikan dan bidang tugas pengadil adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengelola.

11.3 Pengadil mestilah terdiri daripada wanita SAHAJA.

11.4 Setiap pengadil mesti sentiasa membawa bersama ‘Buku Undang- undang Bola Jaring’, wisel dan lain-lain keperluan yang difikirkan perlu semasa bertugas.

11.5 Pengadil diwajibkan memakai pakaian berwarna putih serta sesuai untuk bergerak dengan selesa.

11.6 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.

12. PENANGGUHAN PERLAWANAN

12.1 Sekiranya pertandingan diadakan di luar dewan dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (hujan lebat, ribut, petir dan kilat, cuaca gelap) untuk sesuatu perlawanan diteruskan atau azan berkumandang,
pengadil dengan persetujuan daripada Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan atau memberhentikan perlawanan.

12.2 Permainan yang ditangguhkan di atas faktor cuaca akan diteruskan mengikut ketetapan berikut:
12.2.1 Sekiranya ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tertinggal semasa perlawanan diberhentikan.
12.2.2 Sekiranya ditangguhkan pada hari yang berlainan, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.

12.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan dimaklumkan terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta-merta.

12.4 Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan semula tarikh dan masa perlawanan yang ditangguhkan itu.

13. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.

14. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM ’.

15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM ’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

MUAT TURUN PERATURAN BOLA JARING

Print Friendly, PDF & Email